♥I promise to be your best friend♥

Friday, March 19, 2010

Sayangnya Allah Pada Wanita

assalamualaikum...

Baguslah kalau kita sudah tahu akan
perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku
apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA
dan saya juga ingin tambah iaitu betapa
beratnya menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:- 1-
lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri
apabila sudah baligh menekala dosa gadis
bujang ditanggong oleh bapanya. 2-
lelaki berkahwin kena tanggong dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3- Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggong-jawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala
perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat
tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya. BERATKAN !
4- Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu tanggong. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggongnya sepert gunung dengan
semut. Itu sebab nya mengikut kajian
nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang
lelaki ada keistimewaannya yang
dianugrah oleh Allah SWT. Ini orang
lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena
jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita 1- Wanita auratnya lebih susah
dijaga berbanding lelaki. 2- Wanita
perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah Tetapi tidak
sebaliknya. 3- Wanita saksinya kurang
berbanding lelaki. 4- Wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki. 5- Wanita
perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan melahirkan anak.6- Wanita wajib taat
kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat
pd isterinya.
7- Talak terletak di tgn suami dan bukan
isteri.
8- Wanita kurang dlm beribadat kerana
masalah haid dan nifas yg tak ada pada
lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya?? Benda yg mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan
di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebihutama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?? wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak
perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri
dan anak anak. Wanita perlu bersusah
payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: Isterinya, ibunya, anak
perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya,
ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki
pintu syurga melalui mana mana pintu
syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat
shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. (betulkan jika saya
tersilap). Seorg lelaki perlu pergi
berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata. MasyaALLAH...
Sayangnya ALLAH Pada Wanita ....kan


No comments:

Post a Comment