♥I promise to be your best friend♥

Friday, March 19, 2010

25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah,
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yg dalam, banyak manusia yg karam ke
dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu
dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya
ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH. 02 - orang - orang yg
sentiasa menyediakan dirinya utk
menerima nasihat, maka dirinya akan
mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg
insaf dan sedar setalah menerima nasihat
orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemulian dari ALLAH juga. 03 - Hai
anakku; orang yg merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kpd
ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH,
dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan
selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH. 04 - Hai anakku;
seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka
marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja
bagi tanam tanaman. 05 - Jauhkan dirimu
dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu
malam. 06 - Dan selalulah berharap kpd
ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah
kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (
takwa ), tentulah engkau akan terlepas
dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan
lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah
rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd
memberi pengertian kpd orang yg tidak
mahu mengerti. 08 - Hai anakku; engkau
telah merasakan betapa beratnya
mengankat batu besar dan besi yg amat
berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yg jahat. 09 - Hai
anakku; janganlah engkau mengirimkan
orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila
tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya
dirimulah saja yang layak menjadi
utusan. 10 - Jauhilah bersifat dusta,
sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya. 11 - Hai
anakku; bila engkau mempunyai dua
pilihan, takziah orang mati atau hadir
majlis perkahwinan, pilihlah utk
menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat
sedang kan menghadiri pesta perkahwinan
hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja. 12 -
janganlah engkau makan sampai kenyang yg
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg
terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya
bila makanan itu diberikan kpd anjing
sahaja. 13 - Hai anakku; janganlah
engkau langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang
itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14
- Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang orang yg takwa dan musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan
cara meminta nasihat dari mereka. 15 -
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan
namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah
mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yg mencari kayu bakar,
maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya. 16 - Hai anakku;
bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu
dengan berpura pura membuat dia marah.
Bilamana dalam kemarahan itu dia masih
berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila
tidak demikian, maka berhati hatilah. 17
- selalulah baik tuturkata dan halus
budibahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang
melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yg pernah memberikan barang
yg berharga. 18 - Hai anakku; bila
engkau berteman, tempatkanlah dirimu
padanyasebagai orang yg tidak
mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu
darimu. 19 - Jadikanlah dirimu dalam
segala tingkahlaku sebagai orang yg
tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana
itu adalah sifat riya~ yg akan
mendatangkan cela pd dirimu. 20 - Hai
anakku; janganlah engkau condong kpd
urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau
diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang
lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya. 21 - Hai anakku;
usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yg busuk dan
kotor serta kasar, kerana engkau akan
lebih selamat bila berdiam diri. Kalau
berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22
- Hai anakku; janganlah engkau mudah
ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan
tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatun yang tidak ada guna
bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu
akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan
selamat daripada berkata yg mengandungi
racun, dan sesiapa yg tidak dapat
menahan lidahnya dr berkata kotor tentu
akan menyesal. 24 - Hai anakku;
bergaullah rapat dengan orang yg alim
lagi berilmu. Perhatikanlah kata
nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah
hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan. 25 -
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg
selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke
keranjang atau bakul sampah kerana nanti
engkau akan menjadi pengemis yang
membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya
yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau
bertemankan dengan orang yg bersifat
talam dua muka, kelak akan membinasakan
dirimu.

No comments:

Post a Comment