♥I promise to be your best friend♥

Wednesday, May 5, 2010

Ketakutan Dia,Seorang Lelaki


Ketakutan Dia,Seorang Lelaki
www.iLuvislam.com
oleh: akulahkaulah

Assalamualaikum wbt..
Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini
.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.

Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?

`Ketakutan seorang lelaki!’ 
Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan..
Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.

Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.

Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah. 
‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.
‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’

Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.

‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…' 
Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? 
Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).


TEKNIK & TAKTIK: 
1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.

Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..

3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.

Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.
Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..
KAHWIN!



this is the way
the only way..rite?

Saturday, May 1, 2010

Tips untuk rasa lebih tenang



Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.

Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.  Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”

Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.

Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…

Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.

Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.

Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.
Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja  yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….
Pakar howto.com

Kisah 'Mak' yang hilang...

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang aku ‘cover line’ klik fesbuk sikit-sikit, Mamat mundar mandir belakang aku dengan muka kusut masai.

Dari tadi aku tengok Mamat macam hilang punca. Berlegar-legar di dalam pejabat. Muka macam ada masalah besar.

“Ko kenapa ni Mamat?”

Aku tanya demi meminta kepastian. Aku dengan Mamat ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari aku dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.

Dia baru setahun kerja dengan kompeni aku. Sebelum masuk sini, Mamat banyak handle bisnes sendiri tapi dia selalu rugi.

“MAK aku hilang la…”, Mamat berbisik perlahan.


Aku punyala terperanjat!!

“Hah, mak ko hilang? Bior betul. Bila hilang?”. Dada aku tiba-tiba mengepam keluar masuk laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam…dah cari merata, tapi tak jumpa la”.

Mamat berlalu meninggalkan aku dengan muka yang begitu suram, berjalan menuju ke bahagian budak-budak human resource.

Aku tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Aku nak tanya lebih-lebih kang, risau pulak takut kena ‘tiaw’ dengan dia.Maklumlah orang tengah serabut.

Apa yang aku tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia kerja sebagai Penolong Kanan, lagi 2~3 tahun dah nak pencen.


*********

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh aku nampak Mamat berjalan
semula masuk ke dalam pejabat. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan ’The Typewriter’.

“Mak aku dah jumpa..”

Kelegaan jelas terpampang di wajah Mamat.

Aku cepat-cepat mengucap syukur :

“Alhamdulillah…Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama-rama, Mamat membalas padu pertanyaan aku :

“Dalam sinki, kat pantry.”

Aku terlopong seketika. Tak tau nak cakap apa dah. Cis cis, aku dah terkena. Aku dah terkena….

Itu ‘MUG’ la Mamat…’MUG’!!!, pronouncation macam jahanam!

Ampeh betul, sia sia jer aku berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati aku membara…huhu.

Sekian.

P/s- Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia. Hehehe

Friday, April 30, 2010

Lima Cara Pilih Sahabat





NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

cinta yang sebenar-benar cinta


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya, tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut, kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat  saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.Ummatii, ummatii, ummatiii? - Umatku, umatku, umatku Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ala Muhammad wa baarik wa salim alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


My FaMILy..


AsSalamualaikum...
penat2!!aduii gi jalan2 td..rasa macam nak meletup je kaki ni tp xpela jalan2 amik angin tu buat aku rasa bahagia coz anis suka berjalan2..ahahaha
  
~off topic~

Hari ni biar gambar yang bercerita pulak erk..he3

MOhd RoSdI+JUhAiDa
erm ni la my ayah dengan my mom..lawa kan?ahahaha..
sape2 yang berkenan dengan anak2 dorang yang kat bawah ni nak dijadinkan
menantu bolehla mula berkenalan2 dengan my ayah dengan my mom..
pikat ati dorang..ahahaha

rAsA2 ni sape erk?he3..ni la kakak kepada adik2 yg kat bawah ni..
nampak je macam budak baik tp memang baik pun lebih2 lagi dengan adik2 dia..ahahaha
ada cita2 nak p belajar mesir..
semoga AlLah tetapkan niat di ati budak tu nak p blaja sana &sampai sana..insyaAlLah aminn..
maaf ler pic c' anis mungkin nampak koyalisation occur..hakhak
Nama  Yang diBeRi NuR HaNiS SyAfIqAH..


ni budak kuya..ahahaha
ni my adik yang pertama..sangat nakal &tak dengar kata..
semoga AlLah melembutkan aTinya supaya dengar kata&tak degil sangat ahw..
penat la layan budak ni sorang..isk8..
NaMa yAnG DiBeRI MuHaMaD NaZmI


Ni my adik yg ke2..
ni budak baik ahw..dengar cakap me tp kadang2 degil jua tp aT dia lembut..
anis tau sebab anis kakak dia la&dia adik anis..
taon ni dia amikupsr 2010..
study rajin2 ya dik jangan jadi macam kakak dia..
kakak dia tak berapa "rajin"bukan pemalas..Ahahahahahahaha
NaMa yAnG DiBeRI MuHaMaD AmIrUl AfIq
Ni my adik yang ke 3..
yang selalu budget cute sebab dia lawa la kan..ahaaha
my adik ni suka membebel ahw..sape yang jadi suami dia nati nasibla.
hakhakhak{gelak jahat}
NaMa yAnG dIbErI FaTiN NaBiLa

NI la adik bongsuku..isk8..
adik yang paling "unik"besala anak bongsu la katakan..
my adik ni ngada2 tul+manja+loyar buruk+lucu bila dia kelentong..ahahaha
my adik yang ni rapat a.k.a kacip dengan adik me yang kat atas tu...
NaMa yAnG dIbErI AlIaA QiStInA..


erm ni la umah my family..lawa kan3? macam tuan empunya diri yang tinggal kat dalam tu..hahaha
ni pic time ujan lebat ujan terus membasahi bumi&gini lah jadinya..
bez ou mandi manda..he3..
korang kalu nak datang jemputlah ke rumah ..
anda semua sentiasa dialu-alukan.. =)
RuMaHkU SyUrGaKu

Wednesday, April 28, 2010

exam..exam..exam

citer1

Hari ni daku dapat jadual exam..rasa nak mati jek..isk8..exam 2 minggu lagi..
sukatan nak dibaca &dihafal bnyk..paham2 jela..nak nangis je rasa..tapi menghafal2 tu xjgk..haha..
aiih pemalas betul....


citer 2..

hari ni daku lewat gi skul.ahahaha..bukan tu nak cite..tp sal kawan daku ni..
adala  kwn daku sorg ni..dia baik sangat2..bagi daku la kan dia daku anggapdia memiliki sifat keibuan..
daku suka dia wlaupun dia "hyperaktif" skit la...hehe..xdela xtw la nk cakap mcmn..tp dia seorg kawan yg baik la..best sngt kwnn ng dorang  ..sambung blik cite sal daku g lwt skul..klu g skul lewat kan kena denda menyapu ke@kemas2 &xleh msuk kls kna tggu 30 minit..hueee..memang meletup gak kemarahan ni kadang2..tp daku cool je..ahaha..hari ni daku wlaupn lwt tp xknl denda coz menipu..ahakz..1st time rsa nyer menipu..tp xpela..hehe..alkisahnya gini kwn daku tu kn,dia bg la daku pas bas dia klu ada pas tu klu tunjuk kat pengawas dia lepas xyah kena denda..terharu rasa nyer..dia baik sngt2..dia xsuruh byr pun..then td daku menipu la tnjuk pas tu  hihi..bukn main takut lg klu tkut kantoi..huhh
pas 2 kn time rehat kwn daku yg baik ni kn,dia tnya la tnjuk ke pas tu kt pengawas tu..then daku daku ckpla "ya"..pas 2 dia tnya lg dpt lepas ke?daku pun jwb "ya"..pas tu kannnn dia bersorak cam ni "yeayyy2" kira kuat gak la..sib baik skola tu girl je..hehe..tersenyum jd daku..dia hepi sbb dpt tolong kira mcm berbaloi la dia bagi pas2..tersentuh hati kecil ni sampai mcm tu sekali..sape yang jadi future husband dia nt bertuah sangt2 ahw..insyaAlLah..btl..

citer3


tadi daku sms ng seseorg..dia pun baik sngt2..dia skg ni sedang cuti sem kot..
daku mengusik je dia daku tnya cam ni "cik 'A" nak kwin bile ea hehe??"pas 2 dia pun bls
sms dia ckp anytime je..tp dia nk suh daku cari calon utk dia..dia ckp "xpe x hands0me pun asal beriman"..
tersentuh jadi daku..rasa kerdilnya diri daku ni..daku jd ditarbiah rasa..terima kasih cik "A" sebab buat me jadi lebih yakin..Daku doakan kamu akan dapat pasangan yg baik..insyaAlLah doakan daku jua juga ya hehe..


citer4


malam ni me tak leh tido xtaw la knp..ahahaa..
daku harap daku akan jadi budak baik,juruh,tak garang,tak suka membebel,pandai masak,taat kepada AlLah ,rasul..dengar cakap suami nati nak jadi ibu yg baik kat anak me...jadi anak yang baik yang leh jaga my parent di hari tua nati..nak cantik,nak pandai,nak,nak anak yang soleh&solehah nak  jadi orang berilmu,nak jadi cikgu,nak jadi peguam,nak jadi semua2 la...hehe..
wlaupn lambat lagi me nak kawin@memiliki cahayamata sendiri..daku ada satu je azam..daku nak didik dorang baik&nak hntr dorang blaja skul agama..semua orang ckp susa skul agama(tak semua la)..tak susah pun..rugi tak blaja skul agama percaya la..bnyk ilmu yang kita dapat..alhamdullilah daku skola agama daku bersyukur sngt2..banyak benda yang kita dapat tahu&blaja..maaf bukan nak bangga or cakap besar sebab daku skul agama...tp msti ingt tak semua orang skola agama semua tu baik2&org tak skul agama tak baik..bukan nak memburukkan2 erk..jadi pandai2 la memilih bakal  isteri@suami anda nati..
>>sekadar nak bgtw..hehee..dah melaram ntah pape daa..isk2


citer 5


untuk renungan buat diriku..




sekian..