♥I promise to be your best friend♥

Tuesday, April 27, 2010

Ode to the Young at Heart

The young at heart enter this world to dream and wonder why. They walk a path that sees them cross God’s bridges to the sky.
With smiles and tears they overcome the trials along the way. With hopes and dreams they build a world of future’s brighter day.
Their hearts ignite the flames of love that burn away the dross in hearts of those obsessed with pain and burdened down with loss,
Of those who fail to find the paths that lead from worldly stress, Of those who fail to find the ways in which we’ve all been bless’d.
So young at heart will be the ones who shine a brighter light, that clarifies the sullied truth and dignifies the fight.
To guide the lost, to help the poor, to shelter those too weak; through efforts great, through sacrifice to gain the good they seek. and burn up utterly thoughts and fine expressions.
~ Imam Zaid Shakir

Saturday, April 10, 2010

SIFAT EGO....

Sahabat2,

Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi :

“Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”.

Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur
Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak.
2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar
Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan daripada meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.
3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang
Dia akan merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yang dia rasakan mampu utk menjawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bahagian lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yang tidak ego akan berkhidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dapat mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat.
4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap

Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia terpaksa membuat kerja kerana rela paksa tetapi bukan ikhlas krn Allah.

5. Mudah marah
Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung
Didalam sifat org yang pemarah itu, dia juga mempunyai sifat yg terlalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik daripadanya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta orang pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol
Dalam berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yang lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah untuk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh orang lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dalam sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain

Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan
Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya orang nampak bahawa dia banyak memberi pendapat dan pandangan di dalam majlis itu.
11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima
Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain
Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu tercetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu mendapat pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi
Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula.
14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya
Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar memperkenalkan tentang dirinya atau bahagian yg dipegangnya daripada memperkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang

Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.

Thursday, April 8, 2010

Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam

Mari kita ketahui fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).




>>sumber 

Wanita Menangis 64 kali Setahun?

Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak  0.18 kali sehari.
wanita_menangis
Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.

Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:
Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.
Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunakan kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya

memori lalu..

               FORM 3E4 2009

bila tengok gambar ni teringat memori yang lalu sudah berlalu..
rasa rindu datang bertandang lagi..hmm
dulu daku masi ingat lagi daku mahu cepat2 nak ambik pmr sebab dah tak tahan..
malas belajar senanya..haha :P
masa duduk form 3 rasa rindu nak ambik pmru semula..
pmru senang je just menghafal tapi pmr kena banyak baca..
hmm apapun daku dah selamat menduduki pmr.alhamdullilah he3..
bukan tu yang daku nak cite senanya..hm
~off topic~

nampak tak gamba 2 orang yang kat depan tu yang ada pensil case warna hijau..
tu la daku and kat sebelah tu kawan daku yang baik2222222 dan yang
daku sayang..
rindu nak duduk sebelah dia semeja dengan dia sekelas dengan dia..
rindunya,dulu tak terasa sekarang bila dah jao mula la teringat balik...
apa yang penting daku nak cakap daku sayang dia fillah..
(^_^)

dahla penat dah daku menaip maklumlah kita ni bukan menaip macam ermm apa ea?
hik3...
k,jumpa lagi di luahan hati yang akan datang..
peace no war..


p/s:kim kalu awak baca jangan nangis terharu deh..:P
cik fakhimah..

Wednesday, April 7, 2010

Mimpi matahari Siti Khadijah



SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai.
Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.
Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad.
Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.
Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.
Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut.
Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini.
Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam.
Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.
Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".
Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi.
Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"
merealisasikan impian
Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.
Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@Munyaa untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira.
Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad; "Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"
Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".
"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.
Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"
Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.
Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"
"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.
Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira.
Nabi Muhammad kemudiannya menyerahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib bagi mengaturkan pertemuan dengan keluarga Siti Khadijah dan sama-sama merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan ini.
Wali perkahwinan
Amar bin Asad merupakan bapa saudara malah ada yang menyebut Amar bin Khuwailid, iaitu saudara lelaki Siti Khadijah menjadi wali perkahwinan berikutan si bapa, Khuwailid seperti disebut dari awal tadi terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Begitupun, sebenarnya dikatakan berlaku tentangan daripada keluarga Siti Khadijah apabila janda kaya ini memilih Nabi Muhammad sebagai pasangan hidup.
Malah sesetengah riwayat mencatatkan, tentangan paling kuat datangnya daripada bapanya sendiri, Khuwailid.
Lantas bagi menjayakan perkahwinannya, Siti Khadijah dikatakan banyak memberi bapanya minum arak sehingga menyebabkan Khuwailid mabuk teruk dan tidak dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan Nabi Muhammad itu.
Akhirnya, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang tidak kurang meriah dan disambut oleh seluruh penduduk Mekah.
Baginda dikatakan membayar mas kahwin sebanyak 20 bakrah atau 400 ratus dinar tetapi ada yang menyebut Khadijah menerima 20 ekor unta yang masih muda daripada suaminya itu.
Episod perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah mungkin tidak akan berlangsung jika tidak berdasarkan alamat yang ditunjukkan oleh mimpi yang dialami oleh wanita itu.
Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.
Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muhammad.

sumber...

Monday, April 5, 2010

Maafkan Aku

 
Maafkan Aku
Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan
Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna
Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku
Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia disampingnya
Biodata Penulis:
Nama Pena: Nys Zairee
Email: rnees_zairee@yahoo.com